Bukan Orangorang

Bukan Orangorang

Hafizah Iszahanid / Dec 10, 2019

Bukan Orangorang Mo anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu Mo dibesarkan dengan kisah kisah penderitaan bapanya di China dan harapan bapanya untuk bahagia di negara baharu Tanah Melayu Mo membesar deng

  • Title: Bukan Orangorang
  • Author: Hafizah Iszahanid
  • ISBN: 9789670869087
  • Page: 480
  • Format: Paperback
  • Mo, anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu Mo dibesarkan dengan kisah kisah penderitaan bapanya di China dan harapan bapanya untuk bahagia di negara baharu, Tanah Melayu Mo membesar dengan melihat sendiri suka duka sejarah perjalanan Tanah Melayu menjadi sebuah negara hasil perpaduan sesama bangsa Mo membesar dengan Midah, anak seorang polis yang juga tingMo, anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu Mo dibesarkan dengan kisah kisah penderitaan bapanya di China dan harapan bapanya untuk bahagia di negara baharu, Tanah Melayu Mo membesar dengan melihat sendiri suka duka sejarah perjalanan Tanah Melayu menjadi sebuah negara hasil perpaduan sesama bangsa Mo membesar dengan Midah, anak seorang polis yang juga tinggal di kem Cina dalam kawasan penempatan Mo dan bapanya tinggal Mo dan Midah terus bersaudara sehingga ke hari tua mereka.Bagaimanapun, persahabatan ikhlas mereka tidak dikongsi oleh anak mereka, Qi dan Zara Qi dan Zara adalah anak selepas merdeka yang terperangkap dengan ideologi perkauman yang kemudiannya terlajak kepada isu agama Kedua dua mereka terperangkap di dalam kefahaman dan kepercayaan masing masing.Bukan Orangorang menyorot suka duka perjalanan sebuah negara bernama Malaysia daripada sudut pandang dua generasi berbeza.

    • Best Download [Hafizah Iszahanid] ✓ Bukan Orangorang || [Children's Book] PDF ✓
      480 Hafizah Iszahanid
    • thumbnail Title: Best Download [Hafizah Iszahanid] ✓ Bukan Orangorang || [Children's Book] PDF ✓
      Posted by:Hafizah Iszahanid
      Published :2019-09-27T08:32:16+00:00

    About "Hafizah Iszahanid"

      • Hafizah Iszahanid

        Berasal dari Chemor, Perak Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak.Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.Antara novel yang dihasilkan Noktah di Hujung Rindu 2005 , Kala Hujan Menitis 2007 , Andainya kukembali 2009 , Sehiris Bulan 2011 , Deru Angin 2012 , Lelaki Januari 2014 , Nan Yang 2014 dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak 2013.Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM Utusan 2011, Anugerah Buku RTM PNM 2012.Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera Novel pada 2011 di Bogor, Indonesia.


    156 Comments

    1. Novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini, membawa isu yang dekat dengan dunia kewartawanan berlatarbelakangkan politik pasca-Reformasi yang boleh dianggap ibarat pintu empangan yang retak (meski tidak sepecah Indonesia) hingga mengubah jalur politik tanah air. Ia membawa kisah dua generasi - generasi awal yang membina negara ibarat membina empangan dan generasi masa kini yang mengalami perubahan sosio-politik dengan pertembungan masa lalu dikusutkan dengan gelombang baharu [...]


    2. Sebagai peminat cerpen-cerpen Hafizah yang mengangkat pengisian yang sama, saya berharapan besar untuk novel ini. Saya ingin menyukainya; kedua-dua bentuk dan makna.Namun, walaupun saya menyenangi pengisiannya (serta keberanian Hafizah mengangkat isu yang tidak pernah tidak relevan dan peristiwa-peristiwa yang sangat kotemporari), nada pop yang sangat ketara dalam novel ini amat mengganggu.Selain itu, kemasukan beberapa peristiwa kontemporari dalam lanskap politik negara adakalanya dirasakan sep [...]


    3. Saya baca buku ini selepas selesai menghabiskan novel Ah Fook karya Jong Chian Lai. Kata penulisnya, cerita dan tema dalam novel ini ada sedikit persamaan dengan novel Ah Fook walaupun perspektifnya mungkin berbeza. Saya menyukai novel ini kerana isu yang diketengahkan sangat kontemporari, tentang perhubungan kaum, politik perkauman, dunia kewartawanan alaf baru. Kisah persahabatan dan kemanusiaan yang merentas warna kulit sentiasa segar dan menarik untuk disorot.Ceritanya ringkas tetapi berkesa [...]


    4. karya yang mempertengahkan tema realiti yang amat berani menyentuh kemanusiaan dan menerap falsafah pemikiran nyata meski aturan plot penceritaannya diolah kurang menarik utk dikuatkan emosi tema


    Leave a Reply