Dari Cinta Kepada Cinta

Dari Cinta Kepada Cinta

Ramzah Dambul / Dec 10, 2019

Dari Cinta Kepada Cinta dari mata kepada mata dari kata kepada kata dari cinta kepada cinta yang nyata kian nyatala cinta seluruh hati cinta lahir penuh bererti tapi cinta sesudah mati itu sebenar cinta sejati

  • Title: Dari Cinta Kepada Cinta
  • Author: Ramzah Dambul
  • ISBN: 9789670869865
  • Page: 179
  • Format: Paperback
  • dari mata kepada mata,dari kata kepada kata,dari cinta kepada cinta,yang nyata kian nyatala cinta seluruh hati,cinta lahir penuh bererti,tapi cinta sesudah mati,itu sebenar cinta sejati.

    • Free Read [Contemporary Book] â Dari Cinta Kepada Cinta - by Ramzah Dambul ✓
      179 Ramzah Dambul
    • thumbnail Title: Free Read [Contemporary Book] â Dari Cinta Kepada Cinta - by Ramzah Dambul ✓
      Posted by:Ramzah Dambul
      Published :2019-09-06T08:27:05+00:00

    About "Ramzah Dambul"

      • Ramzah Dambul

        Ramzah Dambul yang lebih mesra dipanggil Rem menetap di Sabah dan menjalani kehidupan yang sangat normal bersama 60 ekor kucing jalanan Mereka tinggal di teratak desa yang dinamai Rumah Pangi Rem ini lulusan Sarjana Muda Sains Universiti Malaya, 1994 Sarjana Sastera dalam Geografi Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000 dan Doktor Falsafah dalam Klimatologi Sinoptik University of East Anglia, 2007 Dari segi kerjaya profesional, dia adalah pensyarah dan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah sejak 1998 dengan gelaran ahli klimatologis, saintis yang mengkaji fenomena iklim Yang paling hangat ketika ini tentunya isu pemanasan global dan perubahan iklim sedunia, yang menjadi fokus utama kajian Rem Bidang penyelidikan ini telah membawa dia mengembara serta berhijrah sementara ke England 2008 , Taiwan 2009 2010 serta Saudi Arabia 2012 2014 untuk beberapa projek kolaborasi antarabangsa.Rem adalah penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2012 dan 2013 Juga penerima Hadiah Sastera Sabah 2012 2013.


    308 Comments

    1. Sangat menyenangkan apabila membaca kumpulan puisi ketiga Ramzah Dambul kali ini. Puisinya tidak terlalu dibayangi oleh doodle, sebaliknya sangat bergantung pada bagaimana penyairnya mengungkapkan cinta dalam makna yang lebih luas dengan bahasa yang relatif lebih kuat.Saya mengesan latar budaya dan alam yang mempengaruhi emosi kepenyairan, sekaligus dapat menghantar pesan tentang cinta dengan nuansa rasa yang lebih akrab kepada saya sebagai pembaca.Memang ada sedikit gangguan ketika membaca Dari [...]


    2. Berbanding dua buku sebelum ini, yang ada pada ketikanya saya sukakan reka bentuk atau hanya puisi-puisinya, kumpulan ini memberikan kepuasan kedua-dua aspek ini kepada saya selaku pembaca. Oh minimal sekali. Kali ini pembaca akan merasa lebih dekat menerusi puisi penyair (tidak lagi menyorok di sebalik dudel-dudel 'alien'nya). Cara penyair mengadun pemilihan perkataan, permainan simbol dan tulisannya memperlihatkan penyair sudah mahir dan semakin matang dalam penulisannya.Selebihnya pembaca lai [...]


    3. Seperti salah satu tajuk puisi penyair, Cukup Tak Perlu Penuh - saya jadi mengerti mengapa kumpulan puisi ini disusun isi kandungannya bermula dengan perjalanan cinta dari alam, dari insan, dari kenangan dan akhirnya kepada Tuhan.Tidak dapatlah kita menemui secara zahir apakah makna/definisi sebenar cinta, barangkali seperti kata penyair - cinta menyimpan seribu pesona misteri. Pada akhirnya pembaca jualah yang perlu meneruskan perjalanan untuk menemui cinta sejati.



    4. Buku yang diadun secara organik. Falsafah dan diksi seperti kebiasaannya telah membuatkan pembaca seakan-akan kembali kepada buku pertamanya, Alien Mencari Cinta(AMC) kerana beliau masih tidak menggunakan kata-kata yang besar untuk mengungkapkan idea yang besar sepertimana konsep buku ini yang begitu minimalis. Bagi pembaca yang akrab dengan puisi beliau, tentu ada yang menyedari akan persamaan beberapa inti puisi/falsafah dari buku pertama beliau(AMC) dengan buku Dari Cinta Kepada Cinta(DCKC). [...]


    5. Setengah tahun waktu yang dihabiskan untuk sebuah buku yang tidak sampai 1 sentimeter pun adalah sesuatu yang tidak adil untuk dilakukan. Hamba memohon maaf (entah harus dituju kepada siapa - kepada penuliskah atau kepada diri sendiri) untuk perkara itu.Baiklah, tentang Dari Cinta Kepada Cinta (DCKC), mungkin hamba tidaklah jatuh cinta kepadanya seperti hamba jatuh cinta kepada Alien Menchari Chinta dahulu. Namun, lumrah kan jatuh cinta kali kedua untuk sesuatu yang sama itu bukan mudah untuk di [...]


    Leave a Reply